Saturday 25 April 2015

Kisah Aku Seorang Blogger Dan Semangat Baru *kononnya*

Assalamualaikum w.b.t

Aku adalah seoarang blogger sejak tahun 2007. Dah banyak blog aku tukar hahahha! Harap-harap ini blog terakhir aku lah. Walaupun dah lama dalam dunia blogging tapi aku tidaklah famous macam blogger lain. Pada aku, blog ni tempat aku simpan kenangan-kenangan aku. Famous campak tepi dulu. Layan syok sendiri update blog sendiri sudah hahaha. Untung-untung ada orang baca tu alhamdulillah sangat!


Al-kisah 2 minggu lepas. Lepas aku dengan Zauj sekesai Isyak, aku boring so ajak dia keluar. Plan asalnya nak bawak anak-anak main playground tapi bertukar arah ke Plaza Alam Sentral lah pulak. Tujuan apa? Ntah. Jalan je lah.


So sesampai ke sana terus aku cakap ngan Zauj "Jom la tengok laptop"... Before ada la cakap-cakap ngan Zauj since laptop satu lagi tu dah rosak sekian lama. Jadi banyak kerja terganggu kalau 1 laptop je. Kena ada 2 laptop pakai sorang satu baru lajus memasing buat keje. Takde plan nak beli pon.  Just nak survey harga selepas GST hahaha! Jalan punya jalan punya jalan terjumpa la satu pc ni. Zauj tanya "ayg nak laptop ke nak pc?" then aku jawab "kalau boleh nak pc camni.." Bab lapotp ke pc ke aku serahkan bulat-bulat pada Zauj sebab aku buta semua ni. Tak reti aku nak check itu ini. So serahkan pada yang arif sudah.
Zauj survey pc, ibu layankan Cyrus nak take picture. Untung anak dah pandai snap gambar ni hahahaha!


Lepas pusing-pusing semua kedai level 3 tu, finally kami patah balik ke kedai awal-awal kami mai. Zauj cakap yang ni OK yang. Nak ke? Then aku just jawab "ikut suka la B. Mana B ok ayg pon ok je." Then lagi best sebab Zauj tanya "banyak duit ayg ni. dapat mana?" Haippp!! Jangan tanya hahahaha! Duitmu duitku. Duitku duitku. Sekian.
Masa ni budak kecik ni baru discharge hospital. Baru 2 hari kot. Perangai cranky gila! Sampai arini camtu la perangai dia haish! Sabo je la!
Nak memanjat atas meja tanpa ada sedikit pon perasaan segan dan silu. Coi.
And finally, beli jugak pc. Paling best stok dah habis. Tinggal yang display. Oleh sebab aku nak sangat dan malas nak datang lagi so angkut je la display pon. Dapat la less RM50.00 dari harga asal. Aku beli brand LENOVO. Ikut hati nak Apple tapi Zauj awal-awal dah membantah. Sabo sabo!
Ini lah dia pc nya. Senang nak angkut mana saja. Touchscreen. Memang canggih sungguh zaman sekarang ni hoi!
Semoga dengan kehadiran pc ni selain untuk kemudahan urusan business, semangat nak update blog membara-bara jua. Skang zaman instagram, so semua benda update sana je. Blog terbengkalai sudah sobs.
 photo sign_zpsb4ae9465.png

2 comments:

ummusalsabila said...

sy bc entry awak ne br tau pc pun ada touch screen hehe ngat hp je

Unknown said...

Okay.. baru tahu akak ade blogg... kira akak seniurrr lah. kitaakkk cumaa dari 2009 .. hehe

Copyright 2013-2014 | Templates Reserved for Cyrus Amiera™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™