Saturday 18 April 2015

Hannah Zulaikha Demam Denggi dan Sedikit Tips Merawat Demam Denggi (Jus Pucuk Betik)

Assalamualaikum wbt
Genap seminggu saya dan Hannah Zulaikha discharge dari DEMC, Shah Alam. Kenapa pulak discharge? Sebab anak syurga Hannah Zulaikha positif denggi. MasyaAllah. Ok sebelum tu mari kita cerita dari mula pasal HZ ni.
HZ sehari sebelum demam panas. 
Okey. Nak mula macam mana pun sebenarnya tak tau. Hahaha! Actually HZ dah demam hampir 2 minggu tapi on off. Kejap demam kejap OK. Pastu demam balik. Masa minggu pertama HZ demam ku takde rasa apa-apa yang pelik dengan HZ sebab eventho dia demam tapi dia masih lagi cergas berlawan bergaduh dengan abg dia Cyrus Dzulqarnain. 
Bab bergaduh memang champion!
Bila masuk minggu kedua demam, siap muntah berkali-kali dalam satu hari terus pegi klinik biasa then beli ubat. Selang dua hari masih tak ok. Then pegi DEMC, Shah Alam buat blood test. Takut juga sebab dah lama demam on off. Alhamdulillah hasil blood test OK.
Lepas settle blood test kat DEMC terus p makan. Lapaq gila!
Masuk hari ketiga, decide nak bawak HZ pegi jumpa pakar kanak-kanak iaitu Klinik Adek, Seksyen 9, Shah Alam. Again, bila  Dr Amdan check dia habaq takdak apa-apa. Paru-paru pon ok (HZ batuk dan selsema sikit) tapi Dr Amdan ada inform if masih tak ok datang balik follow up. Keesokan harinya after habis meeting balik rumah tanya Zauj HZ ok ke tak Zauj habaq OK. Then maghrib as usual Zauj keluaq p pos barang. Then masa tu la badan HZ panas sepanasnya. Naluri seorang ibu kuat mengatakan "SOMETHING WRONG WITH MY BABY" then terus whatsapp Zauj "B balik cepat, bawak Hannah p DEMC." Then husband balik terus kami menuju ke DEMC.


At first Dr habaq result darah OK. Just viral fever. Virus jahat! Then sebab HZ batuk + kahak dah sampai paru-paru then Dr suruh ambik neb. Then masa neb tu la segalanya bermula. HZ muntahhhhhhhhhhhh!! Allahurobbi. Kasihan anak ibu. Then terus Dr habaq "ADMIT". Selesaikan apa yang patut sementara menunggu nak dapat bilik, ku mintak permission Zauj nak balik rumah kemas barang. Around 11pm Zauj whatsapp "Hannah positif denggi". Speechless. Terduduk. Menangis. MasyaAllah berat ujian Allah. Tapi takpe aku redha. Husnuzon. Kemas laju-laju then terus menuju ke DEMC. Cyrus setia bersama ibu tolong kemas barang kat rumah sambil mulut membebel-bebel sampai lah dekat hospital. Adoiyai! Takpe la, sel otak sedang berhubung. HA HA HA!


Malam tu HZ tidur dengan tenangnya. Maybe sebab terlalu weak. Badan panas gila! Ku hanya perhatikan dari tepi wajah anak syurga ni then menangis. Again hihihi!
Keesokan harinya. Taknak makan taknak susu. Nangis dan tidur je. Masuk air botol pertama.
Kiri - Hari kedua. Masih weak. Mata dah mula membengkak sebab masuk air botol kedua.
Kanak - Hari ketiga. Much better alhamdulillah
Dipendekkan cerita, cukup penginapan kami 6 hari 5 malam di DEMC, Shah Alam then dapat discharge. Platelet darah HZ masa mula-mula masuk 145. Hari kedua 138. Hari ketiga 80. Hari keempat 72. Hari kelima 84. Dan hari terakhir 125. Total masuk air 4 botol. Syukur alhamdulillah.


Ok apa tips yang mira gunakan untuk merawat HZ? Jawapan dia JUS PUCUK BETIK. Tapi since ramai gila kat Shah Alam ni kena demam denggi so stok JUS PUCUK BETIK limited sangat-sangat. Alhamdulilah HZ minum jus tu 2 botol je dan memang sangat-sangat membantu. Selain tu bagi jugak dia hirup sup ketam nipah (thank you mama tolong masakkan untuk Hannah, tapi ibu yang perabis hahaha).
Pic google. Pinjam gambaq na tuan badan. Ini dia jus yang ku bagi HZ minum. Nak rebus pucuk betik memang tak la budak nak minum. Tapi kalau dewasa macam kita ni elok minum yang rebus pure tu. InsyaAllah cepat baik :)
Selain minum jus ni, boleh minum 100 plus, makan buah oren, kiwi & dapatkan rehat secukupnya. Denggi sangat-sangat bahaya. Allahurobbi. Semoga kita semua bawah lindungan Allah SWT. Oh btw, percutian kami ke DEMC selama 6 hari 5 malam di tanggung oleh Prudential :p Next entry insyaAllah ku share pasal agen mira pulak. Trusted no worries. Kerja pon baguih!


Till then, bye! Ready for Maghrib yuk :)
 photo sign_zpsb4ae9465.png

No comments:

Copyright 2013-2014 | Templates Reserved for Cyrus Amiera™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™