2. Dalam keadaan sujud rebahkan badan ke kiri dan kanan bergantung pada kedudukan badan baby dan baringkan selama 20-30 minit.Jika badan bayi ke kanan rebahkan ke kiri dan sebaliknya.
3. Buat seperti merangkak elakkan merangkak ke depan,buat dalam dalam 5 saat sebanyak 2-3 kali bergantung pada badan ,baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yang bermaksud: maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah.
4. Ambil segelas air kosong,bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dlm air. Ambil air yg dh dibacakan dgn surah tersebut dan usap di perut sebanyak 3 kali atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi s.a.w... Lebihan air boleh lah diminum... Lebih mustajab, jika suami juga turut lakukan perkara yg sama...
5. Amalkan juga membaca surah al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan kelahiran anak yang kita kandungkan...
6. Letak pek ais kt atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kt kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.
Banyak2kan berdoa, baca al-Quran dan buat solat hajat supaya ALLAH membantu kita. InyaAllah dipermudahkan urusan
4D adik baby. Selepas doc confirmkan kali ketiga adik baby adalah GIRL maka barulah ibu bersemangat nak shopping baju2 untuk dia. Hehhee alhamdulillah sepasang sudah :)
Ni Cyrus Dzulqarnain beberapa jam selepas dilahirkan. Tengoklah posing 2 beradik ni sama je kan :p Hidung, mata, telinga, mulut sebijik abang dia. Sah2 la copy paste en.sepet ni.
Harapan mira memang nak cuba bersalin normal. Tapi kalo da rezeki adik baby keluar ikut tingkap lagi ibu redha je nak. Mana2 pon ibu pasrah je asalkan selamat :) Yang mana baby songsang jom sama2 kita cuba amalkan tips kat atas tadi. Kepada ibu2 yang da hampir nak melahirkan, selamat berjuang!! :)
No comments:
Post a Comment