Tuesday, 29 March 2016

TIPS MENDIDIK ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

Assalamualaikum w.b.t


ALHAMDULILLAH, bersiaran semula kita hari ini HAHAHA. Aduiyai. Kak Migha is busy sangat! Nak menulis tapi masa tak mengizinkan. Sobsss. Okay arini nak share pasal TIPS MENDIDIK ANAK SOLEH DAN SOLEHAH. Tips ni yang kami Zauji Zaujah buat. Dan kak Migha cuma share sahaja. Kalau bermanfaat pada hampa, ALHAMDULILLAH. 
.
TIPS KAK MIGHA & ZAUJI MENDIDIK ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

1. ROLE MODEL
Kita sebagai ibu dan bapa adalah role model kepada anak-anak. Apa yang kita buat, apa yang kita makan, apa yang kita cakap, apa yang kita pakai dan sebagainya semua itu anak akan tengok dan secara tidak langsung anak akan ikut.
Ramai tanya, macam mana kak Migha didik Hannah Zulaikha bertudung dan berniqab? Actually kak Migha tak pernah paksa pun. Kak Migha akui, sejak umur Hannah Zulaikha 3 bulan lagi sudah di biasakan bertudung. Ada kala dia akan tarik tudung tu, then takpe just buka bagi dia selesa. Then esoknya pakaikan lagi. Mula-mula memang susah, tapi lama-lama dia akan biasa. Sama juga macam niqab. Oleh kerana kak Migha memang berniqab, so memang mempengaruhi Hannah Zulaikha juga sebenarnya. Dan kalau boleh sentiasa doa supaya anak ni lembut hatinya. DOA IBU MUSTAJAB! Doa doa doa dan doa!

.

2. SENTIASA PELUK DAN CIUM
Kak Migha dan Zauji memang suka peluk dan cium anak-anak. Setiap hari, TANPA GAGAL kami akan cium anak-anak. Dan selalu bilang dengan Cyrus Dzulqarnain "kiss ibu, kiss ayah, kiss Hannah". Walaupun hakikatnya agak susah Cyrus Dzulqarnain nak cium ayahnya. Biasalah tu, HERO LAWAN HERO HAHAHA!

.

3. CAKAP DENGAN ELOK
Zauji selalu cakap dengan Cyrus Dzulqarnain, "please help Hannah do this and that.." kalau Cyrus Dzulqarnain cakap "NO" Zauji akan cakap dengan elok "Cyrus, Hannah cannot do this and that because Hannah is too small. Cyrus big boy so u need to help Hannah. U need to take of Hannah." Dan selalunya kak Migha akan menyambung ayat Zauji "Cyrus kan GENIUS BOY, so Cyrus kena selalu help ibu ayah. If u help ibu ayah and take care of Hannah, Allah SWT will love you. U want Allah SWT love you or not?" Then Cyrus akan angguk then jawab "Yes ibu i want."
Adakalanya Cyrus Dzulqarnain tak dengar kata juga, sometimes dia penat sometimes dia khusyuk tengok tv. Then psycho dia. Cyrus Dzulqarnain ni kelemahan dia tak boleh tengok ibu nangis. So kak Migha pun pura-pura nangis dan cakap "Ibu sad. Cyrus tak help ibu. Cyrus tak love ibu." Then automatik, dia akan jawab "ye la ye la. Cyrus tolong. Dont sad okay." terus peluk kak Migha. Tu diaaaa PUNCLINE hehehe.

.

4. BONDING TIME
Setiap hari kami Zauji Zaujah akan baring berempat dan tengok cerita kegemaran anak-anak. Sambil tengok tv, sambil sembang tentang cerita yang depa tengah tengok. Kita kena letakkan diri kita dalam situasi depa. Masa tengah bonding, kak Migha akan peluk Cyrus Dzulqarnain dan Zauji akan peluk Hannah Zulaikha. If tak peluk pun, make sure depa ada bawah ketiak kami. Then marilah kita layan cerita kegemaran anak-anak bersama. Ada kala kami akan bawa anak-anak tengok wayang.

.

5. HIDUPKAN SUASANA CERIA
Setiap hari kami akan bergelak ketawa empat beranak. Kebiasaannya kami selalu beri ruang pada Cyrus Dzulqarnain untuk tunjukkan skill dia. Setiap hari pasti ada skill baru CONFIRM!. Then kita bagi perhatian pada apa yang dia nak sampaikan. Then kita ambil bahagian dalam tempoh penceritaan dia tu. Biasanya Cyrus ni dia suka main ALPHABET GAME. Macam mana game ni? Okay, dia akan pilih huruf contohnya C. Then Cyrus akan cakap "Okay ibu, your turn." Turn kak Migha, C for Cat. Then turn Cyrus C for Camel. Then sampai turn Zauji dia blurrr then ape lagi kitorang pun nyanyi la serentak "YAAAAAAYYYY! WE WIN! AYAH IS A LOSER, HE IS A LOSER" hihihi. Tapi nada yang happy la. Takde unsur negatif. Bila dah terburai ketawa, Hannah Zulaikha pun tetiba memecahkan suasana, dia gelak jugak hihihi.

.

6. BUAT SESUATU KENA BERSAMA-SAMA
Selalu pesan dengan Cyrus Dzulqarnain, nak main ke nak apa ke jangan tinggalkan Hannah Zulaikha (kecuali kalau dia nak main dengan kawan-kawan ramai-ramai camtu then Hannah tak follow). Play together. Sharing. DONT FIGHT! If Cyrus tengah belajar, lepas habis belajar kak Migha biasakan dia supaya ajar Hannah Zulaikha pulak. Takpe adiknya tak faham, cuma nak depa buat benda sama-sama je.

Banyak lagi sebenarnya. Tapi malas dah nak menaip sebab ada kerja lain nak buat HAHAHA. Semoga sedikit perkongsian dari kak Migha ni membantu sedikit sebanyak 
.
FOLLOW INSTAGRAM KAK MIGHA
smile emoticon
 photo sign_zpsb4ae9465.png

No comments:

Copyright 2013-2014 | Templates Reserved for Cyrus Amiera™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™