- Kemudahan cuti yang tiada bergaji
- Tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah tidak melebihi 1825 hari ( 5 tahun )
- Kemudahan Cuti Menjaga Anak boleh diambil secara keseluruhan 1825 hari atau sebahagian daripadanya.
- Jika pegawai telah mengambil Cuti Menjaga Anak 1825 hari sekaligus, maka ia tidak layak untuk mendapat kemudahan ini pada kelahiran seterusnya.
- Sekiranya pegawai hanya mengambil sebahagian daripada kemudahan Cuti Menjaga Anak bagi satu kelahiran, maka dia layak untuk mendapat kemudahan ini pada kelahiran seterusnya.
- Kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah mengikut tempoh yang telah diluluskan bagi kelahiran berkenaan.
- Sekiranya pegawai terbabit ingin melanjutkan lagi Cuti Menjaga Anak, perlulah membuat permohonan baru kepada Ketua Jabatan sebelum Cuti Menjaga Anak yang sediaada berakhir, dengan syarat Cuti Menjaga Anak yang telah diluluskan tidak terputus dengan Cuti Menjaga Anak yang sedang dipohon.
- Tempoh Cuti Menjaga Anak akan bermula selepas tamatnya Cuti Bersalin
More info please go to : http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp07/bil15/pp1507.pdf .
NAMA
ALAMAT
TARIKH
______________________________________________________________________________
Kepada :
Ketua Pengarah
- alamat -
Melalui :
Pengarah/Ketua Bahagian/Ketua Jabatan
- alamat -
Puan,
PERMOHONAN MENGGUNAKAN CUTI MENJAGA ANAK MENGIKUT PEKELILING
PERKHIDMATAN BIL. 15 TAHUN 2007.
2. Dimaklumkan saya NAMA , No K/P : __________ yang berkhidmat
sebagai Pembantu Tadbir/Perkeranian
Operasi N17 di Jabatan/Kementerian ____________ ingin membuat permohonan cuti
menjaga anak. Untuk
makluman Puan, saya telah mengambil cuti bersalin bergaji penuh semasa
melahirkan anak saya bagi kali kedua. Cuti bersalin tersebut adalah daripada ________ 2013
sehingga ________ 2014 (90 hari) yang
mana saya telah memohon untuk mengambil cuti bersalin awal 2 minggu sepertimana
yang diperuntukan oleh pekeliling Tahun 2009 bil. 5.
3. Lanjutan daripada perkara tersebut,
saya ingin memohon kelulusan Puan untuk mengambil cuti menjaga anak selama 150
hari iaitu dari _________ 2014 sehingga _______ 2014 mengikut Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2007.
3. Bersama-sama ini disertakan Lampiran A – Perakuan Bersalin dan Permohonan Cuti Bagi Pegawai Wanita (P.P Bil. 2/98) yang telah lengkap diisi untuk tindakan pihak Puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih
Yang Benar,
NAMA :
JAWATAN :
Lengkap dah semuanya. Moga-moga dapat dijadikan contoh dan panduan kepada anda. Ni je yang termampu mira tolong. Selebihnya sila rajinkan diri menggoogle ye anak-anak hahaha.
Setiap hari bangun je pagi tengok muka anak-anak sungguh indah nye lahai. Tidak terbayar dengan wang ringgit. Anak-anak pon makin rapat. Allahu. Terima kasih atas kesempatan yang diberikan :) Macam nak sambung lagi je cuti ni. Hihihi.
.
Ok uolls. Till we meet again. Tak tau la bila roh rajin nak berblog ni akan muncul semula. Ni pon sebab kebetulan arini xbusy sangat. Tapi sat lagi da nak keluar. Ada urusan Seri Paduka Baginda katanya hahaha. Byeeee! Salam.
12 comments:
salam sis,
maaf ye saya nak tambah sikit...kena ingatkan orang yang nak ambik cuti tanpa gaji ni, cuti adalah kemudahan ye...bukan hak pekerja...so, terpulang kepada ketua jabatan untuk approve atau tidak...kadang2, penjawat awam ni x paham...marah2 kalau bos x approve cuti...actually cuti untuk penjawat awam adalah kemudahan je...
salam,nk tnya..kalau cuti jaga anak ni ada yang separuh gaji ker cz kwn sy penah kerja staf PPUM penah amik cuti jaga anak separuh gaji..pastu mmg kena bersambung ke dgn cuti bersalin,kalau ank dh besar br nk amik cuti ni boleh ker
Zaza Zainol
Wsalam. Cuti menjaga anak ada beberapa jenis. Kalau cuti separuh gaji menjaga anak sakit dengan attachment dari hospital memang boleh. Tapi kalau menjaga anak tujuan menyusukan memang tiada gaji sis. Dan kena cuti bersambung dengan cuti bersalin tak boleh terputus. Kalau anak dah besar tengok juga pada jenis cuti apa yang nak apply dan atas sebab apa :)
Boleh refer bahagian admin untuk lebih lanut sebab kadangkala setiap jabatan cara pengendalian berbeza walaupun akta yang sama digunapakai :)
Alhamdulillah...best kan klu dapat jaga anak sendiri kat umah. mme pun ada cita2 mcm tu. cums tak tau bila nak direalisasikan...hahaha...sbnrnya, me nak apply cuti tanpa gaji gak hujung taun nih. tapi si husband plak tak bg. takut effect kekananan & kenaikan pangkat katanya...me dah confuse...
Nak tny kalau apply cuti tanpa gj utk menyusu, sekiranya ada bonus tahunan Adakah akan terjejas?
assalamualaikum
nk tny kalau mohon cuti tanpa gaji sebab bertukar kerja bole ke? sy dpt offer keje tmpt laen mcmana
Cuti tanpa gaji - Bonus akan terjejas. Bonus dibayar mengikut bulan yang kita kerja sahaja.
CTG atas sebab dapat kerja lain tak boleh sis. :)
Salam sis..
nk tnye,kalau belum sah jawatan lg,boleh ke apply cuti jaga anak ni?
Nk tanya. Tempoh yg boleh diambil utk cuti tanpa gaji paling maksimum berapa lama ye?
Thanks 4 sharing. Sgt membantu
Assalam..sori nk tny kalo tempoh nk apply cuti mnjaga anak ni kurang dari sebulan boleh x..2mggu sblum hbs cti brsalin
Thanks for sharing good info
Post a Comment