Sunday 16 February 2014

Surprise For Husband - Sunway Resort Hotel & Spa

Assalamualaikum w.b.t
Hari rabu lepas, mira ada buat planning nak surprisekan husband. Ala xde la surprise beria-ria sangat pon. Actually surprise tu xde bersempena dengan apa-apa. Bukan anniversary kami, bukan juga birthday en suami. Just sambil2 nak release tension sambil menghiburkan hati dia je. Al-maklum la, kalau kerja beria-ria lama-lama otak boleh jammed oh. Badan pon da mintak rest. So kita pegi la bercuti-cuti Malaysia. Sekejapan cuma pon jadi lah.
.
Mira malas nak pegi jauh-jauh. Planning dalam tempoh 3 hari, decide nak pegi Sunway Resort Hotel & Spa je. Anak bujang pulak school kan. Xnak la kasik dia ponteng lama-lama sangat. So if kat Sunway Hotel, weolls check in jam 3pm petang jam 5pm boleh patah balik shah alam nak pick up si abang bawak ke hotel pulak kan. So ada la sikit quality time kat situ nak bermanja-manja. Hahaha. Abg Cyrus tu jeles je kalo ibu ayah dok dekat-dekat. Eh, cik Hannah hangkut sekali. Mana boleh tinggal. Anak dara behave je. Tidoq sepanjang masa. Upah susu sudah :p
.
Kalau nak cerita perjalanan surprise ni, rasanya sampai esok xhabis menaip. Hahaha. So kita ringkaskan aje la eh. Actually da hampir 2 bulan, en husband asyik la dok hint nak beli PS4. Dia sengaja buat-buat google then panggil kita kat sebelah tunjuk harga PS4. Kita pon laju je membebel  "B nak buat apa PS4? Tu PS2 sape nak main? PSP sape nak main? Lagha la semua tu. Membazir je". Biasa la perempuan kan. Membebel kemain lagi. Hehehe. Selang dua tiga hari dia buat-buat google lagi. Eh eh dia ni. Semalam dah kene bebel arini google lagi. Tapi kali ni kita buat xtau jek :p Cuma bebel sikit la "Daripada beli PS4 baik belikan gelang Hannah beso2" Hehehehehe. Dan sebenarnya hampir 2 bulan juga planning nak surprisekan dia. Mula-mula plan kat situ pastu kat sini pastu kat situ. Last-last pegi Sunway sudah.
.
2 bulan berlalu, kerja bagai nak gila demi nak keluarkan branding sendiri dan hasilnya masyaAllah penat ya amat. Tiap malam sebelum tidoq dok ngadu ngan en husban "Yang, sakit2 la badan ni. Nak massage lah kat spa esok boleh?" As usual, en husband tak pernah kata "TAK", jawapan dia sentiasa "OK". Alang-alang nak massage terus terfikir, check in hotel layan jugak ni. Tinggalkan kejap dunia bisnes ni jom kita lepak-lepak. Makanya terus la roger kawan-kawan en husband habaq mai kata nak surprise en husband. Yang sorang mintak tolong settlekan hal hotel, yang sorang mintak tolong belikan PS4, yang sorang tolong balutkan PS4 blablabla.
.
Part paling best, bila dah beli PS4 member en husband pon nak pass kat kita mak aihhh. Besaunya PS4 ni. Mana nak sorok weh?? Pening kepala kejap memikior. Balik umah jalan laju2 naik atas jumpa ngan jiran then pesan itu ini. Malamnya jiran return balik PS4 da siap berbalut. Time tu en husband xde, dia p beli makan. Puas la dok adjust camna nak masukkan dalam beg ni. Xmuat wehhh. Last-last sorok belakang rak baju. Sampai esoknya, tipu sunat kat en husband kata nak p Gulatis SACC jap nak cari kain. Padahal nak pegi cari beg beso gajah nak masukkan PS4 tu. Pung pang pung pang balik rumah hangkut beg punya la beso. Bila en husband tanya, buat apa beg beso-beso tu? Kita pon tipu sunat lagi "ala kan nak g cuti sehari je, so hangkut baju anak-anak masuk satu beg je la.". Fuhh lega di situ. Pastu terfikir balik, ala cemane nak masukkan PS4 dalam beg ni, dah tentu en husband ada kat rumah. Fuhhh idea pon sampai. Nasib baik kebetulan ada customer nak mintak tolong hantarkan order kat area rumah ni, makanya en husband pon keluar. Hah kau, kelam kabut haku nak mengemas.
.
Dipendekkan cerita, settle semua urusan maka check in la kami ke hotel. Oh btw, PS4 tu berat teramat sangat okey. Dah la beso gajah! Grrr. Hihihi.
Sampai kat kaunter double check semua da ON then baru la masuk bilik. Masuk-masuk je bilik... Taraaaaaaaaaaaaa. Actually masa check kat web bilik kitorg tak macam ni pon. Bila nak check in baru depa habaq bagi bilik special kat weolls. Auww so sweet :)
Amboi kemain flower petals siap berlove-love bagai. Actually memang xtau pon dorang akan deco camni sebab hanya request kat depa nak simple deco coz nak surprisekan husband. Thats all. Memang xtau langsung cemane rupa deco, bunga color apa depa pakai and blablabla. Memang terkezut tengok bilik. Besarrrrrrrrrrrrrrrr gila baq hang. Boleh masuk 10 orang tau. Fuh!
Yang ni plak deko dalam bilik mandi. Sepanjang 5 tahun kami kahwin, baru ni la 1st time nak berhoneymoon kononnya. Hahaha. Merasa jugak mandi dalam bunga cenggini ni. Hahahahaha.
Sebelum bunga ros dah xde rupa bunga rose baik kita posing dulu. Hahahaha :p Oh btw nak iklan kejap. Shawl dengan jubah ni produk mira sendiri. If uolls nak beli or nak usha-usha boleh tengok kat INSTAGRAM : @amierahijab atau fanpage kita Amiera Hijab
"Dear Husband,
I want you to know how much you mean to me... How many dreams we've seen come true together and how important you are in my life... i know i'll always be in love with you."
Boleh lihat dengan jelas tahap kegembiraan en husband? Kemain happy dia dapat PS4. Sampaikan xsabar-sabar nak balik rumah, Apekah? Caitt! Hahahahaha. PS4 lagi best dari isterimu kah? Hahaha mula la nak tacing bagai :p
Tengah dok lepak-lepak sekali ada orang tekan loceng bilik. Tapi husband yang bukak pintu. Tak tau la apa yang depa dok cakap pastu husband pon masuk bilik semual. Kita pon tanya la dia  

Isteri : Sape B?
Suami : Ntah. Ada orang anta kek.
Isteri : Mana keknya?
Suami : B xambik pon.
Isteri : Nape B xambik?
Suami : B xnak. Nanti dia charge lain.
Isteri : Lol. Hahahaha.

Selang 5 minit bell pon berbunyi lagi. Pon husband jugak yang bukak pintu. Tapi time ni kita pasang telinga nak dengo apa depa sembang

Staff Hotel : Encik, ni ada kek untuk encik
Suami : Kek apa? Saya xnak la.
Staff Hotel : Kek ni FREE je.
Suami : FREE??
Staff Hotel : Aah encik. FREE je.

Rupanya pihak hotel ingat kita buat surprise kat husband sempena anniversary, Hahaha gasak la. Rezeki jangan ditolak :p
.
Jam 5pm en husband balik ke shah alam coz nak pick up abg Cyrus kat Little Caliph. Abg Cyrus rapat sangat ngan adik Hannah. So bila xnampak adik dia time balik dari school mula la dia meroyan. Hahha. So sampai je dia kat hotel, nampak adik atas katil melompat dia sambil menjerit "Baby Hannah! Baby Hannah!"
Inilah dua orang permata hati kami. Kesayangan kami. Kecintaan kami. Kedukaan kami. Kegembiraan kami. Rezeki kami. Alhamdulillah. Cyrus Dzulqarnain & Hannah Zulaikha :)
.
So malam tu just lepas dalam bilik. Layan abg Cyrus main bowling mainan dia tu ha. Si ayah busy tengok bola. Yes, honeymoon pon bola xtinggal okey. Hihihi. Then lepastu memasing belayar la. Tdoq lena kemain.
View from our room. Actually hotel kitorang ni sebelah Sunway Pyramid & Sunway Lagoon je. Xjauh mana pon uolls. Tapi biasa la, fefeeling cam kita ni orang jauh la kan. Hihih. MasyaAllah, indah sungguh ciptaan Allah SWT kan :) 
 2 beradik dah ready nak breakfast. While waiting for ayah. Ayah ni kalo mandi macam perempuan. Lama sungguh. Hihihii. So sementara tu, abg adik sila posing dulu ye. Ibu nak snap pic korang :p So lepas semua settle turun level 1 nak breaskfast. MasyaAllah sedap breakfast kat hotel ni. Banyak pulak tu pilihan. So lepas sarapan, abg Cyrus nak mandi pool. So layankan aje. Awak mandi pool ibu posing sana sini :p
Sempat lagi bergambar kat tepi pool. Serius memang best hotel ni. Bersih. Selesa. Pastu staff semua friendly. Bagus gila la. Tak rugi pegi sini tau. Harus repeat lagi kalau ada kelapangan. Nak try villa pulak hehehe.
.
Memandangkan ramai sangat yang bertanya pasal surprise yang mira buat kat husband ari rabu lepas dan xmampu rasanya nak menjawab satu per satu, maka mira jawab sekali harung je kat blog ni ye. Soalan yang sama di ajukan adalah "berapa budget dan pakej apa yang mira ambik"
.
Ok actually mira ambik bilik biasa je (Premier Room). Just request kat pihak hotel nak tambahan deco flower petals. Charge deco dia start dari RM70-RM200.00, so korang pilih la nak budget yang mana, Hotel pulak around RM538++. Sorry xingat exact figure sebab aritu bayar sekaligus. Senang citer uolls standby je RM700.00 untuk spent time 1 malam + deco + breakfast untuk 2 orang. Budak kecik makan FREE je :p, So if nak booking ke nak tanya rate ke korang call no ni 03-74928000 or check website dorang www.sunwayhotels.com
.
Tak perlu tunggu hari-hari tertentu untuk surprisekan or menggembirakan hati yang tersayang. Buat kezutan camni lagi best. Tanda kita hargai suami/isteri. Gituwww. Hehehe selamat berjaya uolls! :)

No comments:

Copyright 2013-2014 | Templates Reserved for Cyrus Amiera™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™