Tuesday 18 February 2014

Cuti Tanpa Gaji dan Contoh Surat Cuti Tanpa Gaji versi Cyrus Amiera

Assalamualaikum w.b.t
Hai uolls! Ok ni entry yang di tunggu ramai. MasyaAllah maafkan saya. Kesuntukan masa so xsempat nak update blog. Ramai yang tanya mira, "DAH BERHENTI KERJA KE?", "CEMANE MIRA APPLY CUTI TANPA GAJI?" dan sebagainya.
.
Ok rentetan kisah mira start cuti tanpa gaji bermula pada tahun lepas, kalau xsilap pada bulan Mei 2013 mira da mula ambik cuti ni. Alasan cuti tanpa gaji sebab masa pregykan Cyrus Dzulqarnain ada banyak dugaan, so untuk 2nd baby berniat untuk menjaga kandungan dengan lebih baik. Syukur, Allah SWT izin so berpeluang la berehat selama 4 bulan sehingga hampir waktu bersalinkan baby Hannah. So dari Mei - Ogos mira cuti tanpa gaji dan masuk kerja semula kurang dari sebulan pada bulan September dan terus  sambung cuti 3 bulan sebab bersalinkan Hannah. Kalau ikutkan, awal Januari lalu mira da start kerja macam biasa tapi mira sambung lagi cuti tanpa gaji dengan alasan menjaga anak.
.
Sebenarnya ramai yang tak tau pasal cuti menjaga anak ni. Meh sini mira nak share. Sebenarnya sebagai kakitangan awam kita ada kelebihan untuk mengambil cuti ini. Uolls boleh rujuk PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2007 yang dikeluarkan semasa zaman pemerintahan Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Thanks Pak Lah sebab memahami sedikit sebanyak tanggungjawab ibu-ibu yang bekerja di Malaysia ini hehehe.
.
Okey, apa pulak syarat-syarat kelayakan untuk apply cuti tanpa gaji ni? Meh tengok satu per satu. Sila baca perlahan-lahan ye anak-anak. Jangan skip walau 1. Kang x approve pulak cuti uolls, menangis kat situ :p

  • Kemudahan cuti yang tiada bergaji
  • Tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah tidak melebihi 1825 hari ( 5 tahun )
  • Kemudahan Cuti Menjaga Anak boleh diambil secara keseluruhan 1825 hari atau sebahagian daripadanya.
  • Jika pegawai telah mengambil Cuti Menjaga Anak 1825 hari sekaligus, maka ia tidak layak untuk mendapat kemudahan ini pada kelahiran seterusnya.
  • Sekiranya pegawai hanya mengambil sebahagian daripada kemudahan Cuti Menjaga Anak bagi satu kelahiran, maka dia layak untuk mendapat kemudahan ini pada kelahiran seterusnya.
  • Kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah mengikut tempoh yang telah diluluskan bagi kelahiran berkenaan. 
  • Sekiranya pegawai terbabit ingin melanjutkan lagi Cuti Menjaga Anak, perlulah membuat permohonan baru kepada Ketua Jabatan sebelum Cuti Menjaga Anak yang sediaada berakhir, dengan syarat Cuti Menjaga Anak yang telah diluluskan tidak terputus dengan Cuti Menjaga Anak yang sedang dipohon.
  • Tempoh Cuti Menjaga Anak akan bermula selepas tamatnya Cuti Bersalin

More info please go to : http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp07/bil15/pp1507.pdf .

Ok anak-anak, sekarang dah faham ye? Skang kita proceed pulak cemane format surat nak mohon cuti ni. Korang copy & paste je dan bagi alasan yang munasabah ye. Ayat jiwa-jiwa sikit la supaya Ketua Jabatan approve hihi :p
NAMA
ALAMAT

TARIKH
______________________________________________________________________________ 

Kepada :

Ketua Pengarah
- alamat -

Melalui :

Pengarah/Ketua Bahagian/Ketua Jabatan
- alamat -

Puan,

PERMOHONAN MENGGUNAKAN CUTI MENJAGA ANAK MENGIKUT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 15 TAHUN 2007.

2.  Dimaklumkan saya NAMA , No K/P : __________ yang berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir/Perkeranian Operasi N17 di Jabatan/Kementerian ____________ ingin membuat permohonan cuti menjaga anak. Untuk makluman Puan, saya telah mengambil cuti bersalin bergaji penuh semasa melahirkan anak saya bagi kali kedua. Cuti bersalin tersebut adalah daripada ________ 2013 sehingga ________ 2014 (90 hari) yang mana saya telah memohon untuk mengambil cuti bersalin awal 2 minggu sepertimana yang diperuntukan oleh pekeliling Tahun 2009 bil. 5.

3.         Lanjutan daripada perkara tersebut, saya ingin memohon kelulusan Puan untuk mengambil cuti menjaga anak selama 150 hari iaitu dari _________ 2014 sehingga _______ 2014 mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2007. 

3.            Bersama-sama ini disertakan Lampiran A – Perakuan Bersalin dan Permohonan Cuti Bagi Pegawai Wanita (P.P Bil. 2/98) yang telah lengkap diisi untuk tindakan pihak Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih

               
Yang Benar,



NAMA :
JAWATAN :


Lengkap dah semuanya. Moga-moga dapat dijadikan contoh dan panduan kepada anda. Ni je yang termampu mira tolong. Selebihnya sila rajinkan diri menggoogle ye anak-anak hahaha.
Setiap hari bangun je pagi tengok muka anak-anak sungguh indah nye lahai. Tidak terbayar dengan wang ringgit. Anak-anak pon makin rapat. Allahu. Terima kasih atas kesempatan yang diberikan :) Macam nak sambung lagi je cuti ni. Hihihi.
.
Ok uolls. Till we meet again. Tak tau la bila roh rajin nak berblog ni akan muncul semula. Ni pon sebab kebetulan arini xbusy sangat. Tapi sat lagi da nak keluar. Ada urusan Seri Paduka Baginda katanya hahaha. Byeeee! Salam.


13 comments:

KAKAK CANTIK said...

Sgt mbantu pd yg memerlukan.

Anonymous said...

salam sis,

maaf ye saya nak tambah sikit...kena ingatkan orang yang nak ambik cuti tanpa gaji ni, cuti adalah kemudahan ye...bukan hak pekerja...so, terpulang kepada ketua jabatan untuk approve atau tidak...kadang2, penjawat awam ni x paham...marah2 kalau bos x approve cuti...actually cuti untuk penjawat awam adalah kemudahan je...

Unknown said...

salam,nk tnya..kalau cuti jaga anak ni ada yang separuh gaji ker cz kwn sy penah kerja staf PPUM penah amik cuti jaga anak separuh gaji..pastu mmg kena bersambung ke dgn cuti bersalin,kalau ank dh besar br nk amik cuti ni boleh ker

Cyrus Amiera said...

Zaza Zainol

Wsalam. Cuti menjaga anak ada beberapa jenis. Kalau cuti separuh gaji menjaga anak sakit dengan attachment dari hospital memang boleh. Tapi kalau menjaga anak tujuan menyusukan memang tiada gaji sis. Dan kena cuti bersambung dengan cuti bersalin tak boleh terputus. Kalau anak dah besar tengok juga pada jenis cuti apa yang nak apply dan atas sebab apa :)

Boleh refer bahagian admin untuk lebih lanut sebab kadangkala setiap jabatan cara pengendalian berbeza walaupun akta yang sama digunapakai :)

yani ismail said...

Alhamdulillah...best kan klu dapat jaga anak sendiri kat umah. mme pun ada cita2 mcm tu. cums tak tau bila nak direalisasikan...hahaha...sbnrnya, me nak apply cuti tanpa gaji gak hujung taun nih. tapi si husband plak tak bg. takut effect kekananan & kenaikan pangkat katanya...me dah confuse...

Anonymous said...

Nak tny kalau apply cuti tanpa gj utk menyusu, sekiranya ada bonus tahunan Adakah akan terjejas?

Anonymous said...

assalamualaikum
nk tny kalau mohon cuti tanpa gaji sebab bertukar kerja bole ke? sy dpt offer keje tmpt laen mcmana

Cyrus Amiera said...

Cuti tanpa gaji - Bonus akan terjejas. Bonus dibayar mengikut bulan yang kita kerja sahaja.

CTG atas sebab dapat kerja lain tak boleh sis. :)

Anonymous said...

Salam sis..
nk tnye,kalau belum sah jawatan lg,boleh ke apply cuti jaga anak ni?

Anonymous said...

Nk tanya. Tempoh yg boleh diambil utk cuti tanpa gaji paling maksimum berapa lama ye?

Arinie Ghazali said...

Thanks 4 sharing. Sgt membantu

Anonymous said...

Assalam..sori nk tny kalo tempoh nk apply cuti mnjaga anak ni kurang dari sebulan boleh x..2mggu sblum hbs cti brsalin

Akmal said...

Thanks for sharing good info

Copyright 2013-2014 | Templates Reserved for Cyrus Amiera™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™