Saturday 25 April 2015

Kisah Aku Seorang Blogger Dan Semangat Baru *kononnya*

Assalamualaikum w.b.t

Aku adalah seoarang blogger sejak tahun 2007. Dah banyak blog aku tukar hahahha! Harap-harap ini blog terakhir aku lah. Walaupun dah lama dalam dunia blogging tapi aku tidaklah famous macam blogger lain. Pada aku, blog ni tempat aku simpan kenangan-kenangan aku. Famous campak tepi dulu. Layan syok sendiri update blog sendiri sudah hahaha. Untung-untung ada orang baca tu alhamdulillah sangat!


Al-kisah 2 minggu lepas. Lepas aku dengan Zauj sekesai Isyak, aku boring so ajak dia keluar. Plan asalnya nak bawak anak-anak main playground tapi bertukar arah ke Plaza Alam Sentral lah pulak. Tujuan apa? Ntah. Jalan je lah.


So sesampai ke sana terus aku cakap ngan Zauj "Jom la tengok laptop"... Before ada la cakap-cakap ngan Zauj since laptop satu lagi tu dah rosak sekian lama. Jadi banyak kerja terganggu kalau 1 laptop je. Kena ada 2 laptop pakai sorang satu baru lajus memasing buat keje. Takde plan nak beli pon.  Just nak survey harga selepas GST hahaha! Jalan punya jalan punya jalan terjumpa la satu pc ni. Zauj tanya "ayg nak laptop ke nak pc?" then aku jawab "kalau boleh nak pc camni.." Bab lapotp ke pc ke aku serahkan bulat-bulat pada Zauj sebab aku buta semua ni. Tak reti aku nak check itu ini. So serahkan pada yang arif sudah.
Zauj survey pc, ibu layankan Cyrus nak take picture. Untung anak dah pandai snap gambar ni hahahaha!


Lepas pusing-pusing semua kedai level 3 tu, finally kami patah balik ke kedai awal-awal kami mai. Zauj cakap yang ni OK yang. Nak ke? Then aku just jawab "ikut suka la B. Mana B ok ayg pon ok je." Then lagi best sebab Zauj tanya "banyak duit ayg ni. dapat mana?" Haippp!! Jangan tanya hahahaha! Duitmu duitku. Duitku duitku. Sekian.
Masa ni budak kecik ni baru discharge hospital. Baru 2 hari kot. Perangai cranky gila! Sampai arini camtu la perangai dia haish! Sabo je la!
Nak memanjat atas meja tanpa ada sedikit pon perasaan segan dan silu. Coi.
And finally, beli jugak pc. Paling best stok dah habis. Tinggal yang display. Oleh sebab aku nak sangat dan malas nak datang lagi so angkut je la display pon. Dapat la less RM50.00 dari harga asal. Aku beli brand LENOVO. Ikut hati nak Apple tapi Zauj awal-awal dah membantah. Sabo sabo!
Ini lah dia pc nya. Senang nak angkut mana saja. Touchscreen. Memang canggih sungguh zaman sekarang ni hoi!
Semoga dengan kehadiran pc ni selain untuk kemudahan urusan business, semangat nak update blog membara-bara jua. Skang zaman instagram, so semua benda update sana je. Blog terbengkalai sudah sobs.
 photo sign_zpsb4ae9465.png

Instagram Pakaian Muslimah Follow @cyrusamiera_

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang memang sangat aktif di instagram CyrusAmiera lagi pulak sekarang masing-masing tengah busy nak tempah baju raya. Apa yang Cyrus Amiera jual? Haruslah pakaian Muslimah :)
Jubah Arissa. Terlajak laris. Dah banyak kali restock alhamdulillah.
Selain dari pakaian Muslimah, tahun ni mira ada buat koleksi sedondon satu family. Warna pilihan jubah awak tentukan sendiri. Actuallt mira specialized dalam membuat jubah custom made. Selain dari jubah belum lagi terfikir nak buat produk lain. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh buat baju kurung Muslimah pulak. Doakan hehehe.

Warna pilihan sedondon satu family dari customer :) terima kasih sabar menunggu tempahan awak siap.

Yang ni pulak tempahan dari kawan blogger. Nak pakai untuk wedding. Sedondon ibu dan anak.

SERBA SEDIKIT MENGENAI JUBAH CYRUS AMIERA
 Pre Order 14 hari bekerja
 Bayaran penuh diperlukan sebelum proses menjahit dimulakan
 Material jubah French Crepe / Bukan Satin Biasa / Tidak Berkilat
 BREASTFEEDING & WUDHUK FRIENDLY
 AVAILABLE SIZE XXS - 10XL
 Pus size ada caj tambahan lain mengikut penambahan meter kain yang digunakan
Kerja semalam menyiapkan order customer. Phew.
So ape tunggu lagi? Mai follow mira cepat di instagram. Mira aktif di sana sahaja. Facebook tak aktif. Daaaa :p


 photo sign_zpsb4ae9465.png

Saturday 18 April 2015

Hannah Zulaikha Demam Denggi dan Sedikit Tips Merawat Demam Denggi (Jus Pucuk Betik)

Assalamualaikum wbt
Genap seminggu saya dan Hannah Zulaikha discharge dari DEMC, Shah Alam. Kenapa pulak discharge? Sebab anak syurga Hannah Zulaikha positif denggi. MasyaAllah. Ok sebelum tu mari kita cerita dari mula pasal HZ ni.
HZ sehari sebelum demam panas. 
Okey. Nak mula macam mana pun sebenarnya tak tau. Hahaha! Actually HZ dah demam hampir 2 minggu tapi on off. Kejap demam kejap OK. Pastu demam balik. Masa minggu pertama HZ demam ku takde rasa apa-apa yang pelik dengan HZ sebab eventho dia demam tapi dia masih lagi cergas berlawan bergaduh dengan abg dia Cyrus Dzulqarnain. 
Bab bergaduh memang champion!
Bila masuk minggu kedua demam, siap muntah berkali-kali dalam satu hari terus pegi klinik biasa then beli ubat. Selang dua hari masih tak ok. Then pegi DEMC, Shah Alam buat blood test. Takut juga sebab dah lama demam on off. Alhamdulillah hasil blood test OK.
Lepas settle blood test kat DEMC terus p makan. Lapaq gila!
Masuk hari ketiga, decide nak bawak HZ pegi jumpa pakar kanak-kanak iaitu Klinik Adek, Seksyen 9, Shah Alam. Again, bila  Dr Amdan check dia habaq takdak apa-apa. Paru-paru pon ok (HZ batuk dan selsema sikit) tapi Dr Amdan ada inform if masih tak ok datang balik follow up. Keesokan harinya after habis meeting balik rumah tanya Zauj HZ ok ke tak Zauj habaq OK. Then maghrib as usual Zauj keluaq p pos barang. Then masa tu la badan HZ panas sepanasnya. Naluri seorang ibu kuat mengatakan "SOMETHING WRONG WITH MY BABY" then terus whatsapp Zauj "B balik cepat, bawak Hannah p DEMC." Then husband balik terus kami menuju ke DEMC.


At first Dr habaq result darah OK. Just viral fever. Virus jahat! Then sebab HZ batuk + kahak dah sampai paru-paru then Dr suruh ambik neb. Then masa neb tu la segalanya bermula. HZ muntahhhhhhhhhhhh!! Allahurobbi. Kasihan anak ibu. Then terus Dr habaq "ADMIT". Selesaikan apa yang patut sementara menunggu nak dapat bilik, ku mintak permission Zauj nak balik rumah kemas barang. Around 11pm Zauj whatsapp "Hannah positif denggi". Speechless. Terduduk. Menangis. MasyaAllah berat ujian Allah. Tapi takpe aku redha. Husnuzon. Kemas laju-laju then terus menuju ke DEMC. Cyrus setia bersama ibu tolong kemas barang kat rumah sambil mulut membebel-bebel sampai lah dekat hospital. Adoiyai! Takpe la, sel otak sedang berhubung. HA HA HA!


Malam tu HZ tidur dengan tenangnya. Maybe sebab terlalu weak. Badan panas gila! Ku hanya perhatikan dari tepi wajah anak syurga ni then menangis. Again hihihi!
Keesokan harinya. Taknak makan taknak susu. Nangis dan tidur je. Masuk air botol pertama.
Kiri - Hari kedua. Masih weak. Mata dah mula membengkak sebab masuk air botol kedua.
Kanak - Hari ketiga. Much better alhamdulillah
Dipendekkan cerita, cukup penginapan kami 6 hari 5 malam di DEMC, Shah Alam then dapat discharge. Platelet darah HZ masa mula-mula masuk 145. Hari kedua 138. Hari ketiga 80. Hari keempat 72. Hari kelima 84. Dan hari terakhir 125. Total masuk air 4 botol. Syukur alhamdulillah.


Ok apa tips yang mira gunakan untuk merawat HZ? Jawapan dia JUS PUCUK BETIK. Tapi since ramai gila kat Shah Alam ni kena demam denggi so stok JUS PUCUK BETIK limited sangat-sangat. Alhamdulilah HZ minum jus tu 2 botol je dan memang sangat-sangat membantu. Selain tu bagi jugak dia hirup sup ketam nipah (thank you mama tolong masakkan untuk Hannah, tapi ibu yang perabis hahaha).
Pic google. Pinjam gambaq na tuan badan. Ini dia jus yang ku bagi HZ minum. Nak rebus pucuk betik memang tak la budak nak minum. Tapi kalau dewasa macam kita ni elok minum yang rebus pure tu. InsyaAllah cepat baik :)
Selain minum jus ni, boleh minum 100 plus, makan buah oren, kiwi & dapatkan rehat secukupnya. Denggi sangat-sangat bahaya. Allahurobbi. Semoga kita semua bawah lindungan Allah SWT. Oh btw, percutian kami ke DEMC selama 6 hari 5 malam di tanggung oleh Prudential :p Next entry insyaAllah ku share pasal agen mira pulak. Trusted no worries. Kerja pon baguih!


Till then, bye! Ready for Maghrib yuk :)
 photo sign_zpsb4ae9465.png

Harga Baru Produk SNE Marketing Berkuatkuasa 01 April 2015 (Including GST)

Assalamualaikum w.b.t
Seperti semua sedia maklum, since Kerajaan telah menguatkuasakan GST jadi pihak SNE Marketing juga telah memaklumkan harga baru bagi produk-produk SNE. Boleh rujuk lampiran di bawah untuk maklumat lanjut.
SENARAI HARGA BARU BERKUATKUASA 01 APRIL 2015
SNE KAPSUL RM210.00 
EXCEL TEA RM80.00
ARTERCADY ESSENCE RM211.00
BEUTSKIN ESSENCE RM223.00
WIS D ESSENCE RM201.00
SEABUCK ACTIV RM80.00
REBOND ESSENCE RM210.00
ROYAL SEABUCK SOYFEE RM51.00

 FREE POSTAGE ALL OVER MALAYSIA 
Segala order dan pertanyaan berkenaan produk boleh terus whatsapp 0163334507.

CYRUS AMIERA
SNE REGISTERED STOCKIST
SHAH ALAM, MALAYSIA
 photo sign_zpsb4ae9465.png

Tuesday 10 February 2015

Tudung Kanak-Kanak

Assalamualaikum w.b.t

Masih tercari-cari tudung untuk anak-anak anda? Kami bawakan tudung yang sangat berkualiti dan senang di urus. Dari newborn hingga 5 tahun. Material yang digunakan adalah cotton. Jadi tak perlu risau sebab anak akan selesa pabila memakainya.
.
 Untuk batch pertama kami keluarkan 9 warna. Jadi uols boleh cari kami di INSTAGRAM : @cyrusamiera_ untuk lihat warna-warna yang lain :)


 photo sign_zpsb4ae9465.png
Copyright 2013-2014 | Templates Reserved for Cyrus Amiera™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™