Tuesday 23 December 2014

Headquarters (HQ) SNE Marketing - Restock Product SNE Kapsul Dll

Assalamualaikum w.b.t
Siang tadi, ke HQ lagi kami 3 beranak. Cyrus duduk kat daycare Little Caliph sat. Cuaca hujan so duduk diam-diam dengan teacher ye hehehe. Alhamdulillah, order produk-produk SNE sangat-sangat memberangsangkan sejak semalam. Minggu lepas dan minggu ini memang kami berulang sahaja ke HQ. Ingatkan restock lebih dapat bertahan sehari dua tetapi malangnya, habis licin semua. Alhamdulillah.
.

Sudah lebih 2 tahun kami suami isteri berjodohan dengan SNE Marketing. Dari ZERO sehingga sekarang. Syukur alhamdulillah. Usaha usaha usaha. Pasti Allah SWT bantu. 
.

Since siang tadi hujan lebat teramat sangat jadi ibu dengan Hannah Zulaikha stay dalam kereta je. Hmmm nampak matang dah anak ibu. Padahal umur baru setahun satu bulan. Senang dah nak pakaikan dia tudung. Dah takde tarik-tarik macam dulu. GOOD GIRL! Balik dari HQ Hannah dah terbungkak tidoq. Penat sangat agaknya ikut ibu ayah cari rezeki hehehe.
.

Doakan saudara kita di Pantai Timur selamat dari bencana banjir. Amin. Ok bye!



 photo sign_zpsb4ae9465.png

2 comments:

Unknown said...

salam singgah sis

Unknown said...

Akak active ni lagi ke kak?

Copyright 2013-2014 | Templates Reserved for Cyrus Amiera™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™