Monday 22 December 2014

Entry Caca Marba Nama Dia.

Assalamualaikum w.b.t

SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
.

Dah lama benar tak jenguk blog. Rindu. Teramat rindu. Kekangan masa adalah masalah utama tak dapat nak update blog. Tapi jiwa ini masih di sini. Saya rindu mahu menaip panjang-panjang, membebel tiada berkesudahan di blog ini. 
.

Pada yang bertanya "Masih jual SNE ke?" Jawapan ringkas saya "Yup masih." Fast reply boleh whatsapp ke 0163334507 Blog sahaja yang tidak kerap update tapi urusan jual beli produk-produk SNE Marketing (SNE Kapsul, Beutskin Essence dan sebagainya) masih berjalan seperti biasa. Boleh follow saya di instagram personal @cyruszulaikha_ sebab saya memang aktif di sana. Instagram dah jadi seperti diari harian saya. Nak on laptop dan update blog halangan penyakit M itu sangat-sangat besar ekekeke :p
.

Since resign (Ogos 2014) saya memang fokus kepada perniagaan menjual Jubah Muslimah atas brand saya sendiri iaitu CYRUS AMIERA - instagram @cyrusamiera_
.

Work At Home Mom (WAHM), Ini adalah pekerjaan impian hampir semua wanita di dunia. Di samping dapat menjaga anak-anak sendiri kita juga dapat melakukan bisnes dari rumah. Seperti saya sekarang. Saya tidak memiliki butik sendiri. Semuanya hanya dari rumah. Buat masa ini, belum mampu mahu menyewa kedai untuk dijadikan butik. Tapi kuasa Allah SWT tiada siapa tahu. Mungkin selepas saya update blog ni ada rezeki dari Allah SWT tetiba dapat buka butik. Haaaaa cemane tu? :p
.

Bukan senang nak jadi senang. Dan bukan susah nak jadi susah. Awak, percayalah dengan rezeki Allah SWT. Apa yang penting kita usaha sebaiknya dan selebihnya kita serahkan kepada Pencipta. Bukan saya tak pernah gagal dalam perniagaan. Banyak kali. Tapi kalau awak betul-betul suka dengan apa yang awak buat, awak kena kuat semangat. Biarlah jatuh berkali-kali. Kalau kita tak jatuh kita tak tau ape itu kesusahan. Apa itu kerugian. Belajar dari pengalaman. Itu yang terbaik. Dan ingatlah, Allah SWT takkan uji hamba-hambanya melebihi tahap kemampuan kita. Dan Allah SWT uji kita sebab Allah SWT sayang. Mungkin juga kita leka, lalai dengan hal duniawi. Mungkin kita lupa nak berbakti kepada ibu bapa. Mungkin kita lupa mahu bersedekah kepada orang yang lebih memerlukan dan sebagainya.
pstttt : awak, kalau nak cari jubah Muslimah jangan lupa cari kita di instagram @cyrusamiera_ tau :p

.

Okay. Cukup setakat ini. Anak dara Hannah Zulaikha sudah merengek. Bila ibu sedang bersemangat waja untuk update blog pasti ada halangan begini. HZ memang tak boleh tengok ibu mengadap laptop lama-lama. Susah hati dia kekeke. Ok bye! 

.

 photo sign_zpsb4ae9465.png

No comments:

Copyright 2013-2014 | Templates Reserved for Cyrus Amiera™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™