Tuesday 23 December 2014

Headquarters (HQ) SNE Marketing - Restock Product SNE Kapsul Dll

Assalamualaikum w.b.t
Siang tadi, ke HQ lagi kami 3 beranak. Cyrus duduk kat daycare Little Caliph sat. Cuaca hujan so duduk diam-diam dengan teacher ye hehehe. Alhamdulillah, order produk-produk SNE sangat-sangat memberangsangkan sejak semalam. Minggu lepas dan minggu ini memang kami berulang sahaja ke HQ. Ingatkan restock lebih dapat bertahan sehari dua tetapi malangnya, habis licin semua. Alhamdulillah.
.

Sudah lebih 2 tahun kami suami isteri berjodohan dengan SNE Marketing. Dari ZERO sehingga sekarang. Syukur alhamdulillah. Usaha usaha usaha. Pasti Allah SWT bantu. 
.

Since siang tadi hujan lebat teramat sangat jadi ibu dengan Hannah Zulaikha stay dalam kereta je. Hmmm nampak matang dah anak ibu. Padahal umur baru setahun satu bulan. Senang dah nak pakaikan dia tudung. Dah takde tarik-tarik macam dulu. GOOD GIRL! Balik dari HQ Hannah dah terbungkak tidoq. Penat sangat agaknya ikut ibu ayah cari rezeki hehehe.
.

Doakan saudara kita di Pantai Timur selamat dari bencana banjir. Amin. Ok bye!



 photo sign_zpsb4ae9465.png

Diamond White Hydration Sleeping Mask - Atasi Masalah Jeragat, Parut Jerawat

Assalamualaikum w.b.t

Wanita dan kecantikan langsung tidak dapat dipisahkan. Dari siang bawa ke malam sentiasa menjaga penampilan. Tapi adakalanya bila tiba waktu malam, dengan keadaan tubuh badan yang sangat letih selalunya kita akan lupa untuk merawat wajah sebelum tidur. Kesannya, apabila bangun pagi kulit muka tersangat berminyak, tidak bermaya dan tidak selesa. Ini juga secara tidak langsung akan mempengaruhi mood kita setiap hari. 
.

Okay hari ini saya nak kongsikan tentang satu lagi produk terbaru dan terhangat dari SNE Marketing iaitu Diamond White Hydration Sleeping Mask. Khas untuk anda yang nak sangat kulit cantik dan sihat. Ramai juga yang bertanya apakah kelebihan Diamond White Hydration Sleeping Mask ini sehingga menjadi kegilaan wanita zaman sekarang. Kandungan Diamond White Hydration Sleeping Mask adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan dan HALAL. Juga diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Antara fungsi Sleeping Mask ini antaranya ialah :
  • Memutihkan wajah
  • Mengurang dan memudarkan bintik hitam/jeragat
  • Menghilangkan parut di wajah
  • Mengecilkan liang pori
  • Melembapkan kulit
  • Mengurangkan pembentukan garis halus
  • Mengkhasiatkan kulit
.

Diamond White Hydration Sleeping Mask sangat mudah digunakan. Hanya sapukan di wajah waktu malam sebelum tidur dan biarkan ianya sehingga pagi. Lakukan rutin sehingga satu minggu dan anda akan dapat lihat hasilnya yang sangat luar biasa.

Diamond White Hydration Sleeping Mask - Normal Price RM149.00 (65g)
Best Price - Whatsapp 0163334507


 photo sign_zpsb4ae9465.png

Monday 22 December 2014

Entry Caca Marba Nama Dia.

Assalamualaikum w.b.t

SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
.

Dah lama benar tak jenguk blog. Rindu. Teramat rindu. Kekangan masa adalah masalah utama tak dapat nak update blog. Tapi jiwa ini masih di sini. Saya rindu mahu menaip panjang-panjang, membebel tiada berkesudahan di blog ini. 
.

Pada yang bertanya "Masih jual SNE ke?" Jawapan ringkas saya "Yup masih." Fast reply boleh whatsapp ke 0163334507 Blog sahaja yang tidak kerap update tapi urusan jual beli produk-produk SNE Marketing (SNE Kapsul, Beutskin Essence dan sebagainya) masih berjalan seperti biasa. Boleh follow saya di instagram personal @cyruszulaikha_ sebab saya memang aktif di sana. Instagram dah jadi seperti diari harian saya. Nak on laptop dan update blog halangan penyakit M itu sangat-sangat besar ekekeke :p
.

Since resign (Ogos 2014) saya memang fokus kepada perniagaan menjual Jubah Muslimah atas brand saya sendiri iaitu CYRUS AMIERA - instagram @cyrusamiera_
.

Work At Home Mom (WAHM), Ini adalah pekerjaan impian hampir semua wanita di dunia. Di samping dapat menjaga anak-anak sendiri kita juga dapat melakukan bisnes dari rumah. Seperti saya sekarang. Saya tidak memiliki butik sendiri. Semuanya hanya dari rumah. Buat masa ini, belum mampu mahu menyewa kedai untuk dijadikan butik. Tapi kuasa Allah SWT tiada siapa tahu. Mungkin selepas saya update blog ni ada rezeki dari Allah SWT tetiba dapat buka butik. Haaaaa cemane tu? :p
.

Bukan senang nak jadi senang. Dan bukan susah nak jadi susah. Awak, percayalah dengan rezeki Allah SWT. Apa yang penting kita usaha sebaiknya dan selebihnya kita serahkan kepada Pencipta. Bukan saya tak pernah gagal dalam perniagaan. Banyak kali. Tapi kalau awak betul-betul suka dengan apa yang awak buat, awak kena kuat semangat. Biarlah jatuh berkali-kali. Kalau kita tak jatuh kita tak tau ape itu kesusahan. Apa itu kerugian. Belajar dari pengalaman. Itu yang terbaik. Dan ingatlah, Allah SWT takkan uji hamba-hambanya melebihi tahap kemampuan kita. Dan Allah SWT uji kita sebab Allah SWT sayang. Mungkin juga kita leka, lalai dengan hal duniawi. Mungkin kita lupa nak berbakti kepada ibu bapa. Mungkin kita lupa mahu bersedekah kepada orang yang lebih memerlukan dan sebagainya.
pstttt : awak, kalau nak cari jubah Muslimah jangan lupa cari kita di instagram @cyrusamiera_ tau :p

.

Okay. Cukup setakat ini. Anak dara Hannah Zulaikha sudah merengek. Bila ibu sedang bersemangat waja untuk update blog pasti ada halangan begini. HZ memang tak boleh tengok ibu mengadap laptop lama-lama. Susah hati dia kekeke. Ok bye! 

.

 photo sign_zpsb4ae9465.png
Copyright 2013-2014 | Templates Reserved for Cyrus Amiera™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™