Tuesday 5 August 2014

Officially Work At Home Mom (WAHM) - Berhenti Kerja Kerajaan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, selepas bermacam dugaan dan rintangan yang melanda akhirnya saya kini bergelar seorang Work At Home Mom (WAHM). Terima kasih suami atas kelulusan ini. Hahahaha!
.
Sepertimana yang korang tau, sebelum ni mira adalah seorang kakitangan awam. Berkhidmat selama 9 tahun dalam jabatan kerajaan. Sebelum ni juga mira ada mengambil cuti tanpa gaji selama hampir 10 bulan sebelum bertekad dengan penuh dedikasinya untuk berhenti kerja. Serius mira bilang, jiwa raga ni sangat tenang aman dan tenteram selepas perletakan jawatan ini.
.
Ramai yang cakap "Sayangnya mira resign. Dah la kerja tetap. Kerajaan pulak tu."
Takpe lah. Rezeki Allah SWT ada kat mana-mana selagi kita usaha kan? Lagi satu, mira taknak jadi hipokrit. Taknak jadi selfish. Mungkin lebih ramai lagi orang kat luar sana yang perlukan pekerjaan mira tu. Jujurnya, mira tak mampu bekerja seikhlas hati dalam jabatan kerajaan. Adakalanya ketika bekerja mira juga melakukan kerja lain yang diluar bidang tugas hakiki. Allahu! Ampunkan hambaMu ini Ya Rabb!
.
Dari segi persediaan sebelum berhenti kerja, alhamdulillah. Mira dah bersedia selama satu tahun (serius) sebelum resign. Mira setup business sendiri (alhamdulillah dah hampir 4 tahun Cyrus Amiera Resources beroperasi). Walaupun business secara kecil-kecilan tapi syukur atas rezekiNya. Cukuplah untuk bayar yuran sekolah Cyrus, bayar rumah, bayar kereta, belanja sehari-hari. Mira tak minta hidup mewah, cuma nak selesa sahaja. Harta banyak pon tak guna. Jenuh pulak nanti nak kena hisab di Akhirat. Hehehehe :p Yang paling penting, harta yang sedikit kalau kita kongsi insyaAllah akan sentiasa cukup. Yang lagi penting, dapat jaga anak depan mata. Tiada kekangan masa. Bekerja bersama-sama dengan suami (ni lagi best sebab sentiasa bersama ke mana sahaja hahaha).
.
Dua info penting kepada anda yang berhasrat untuk berhenti kerja kerajaan
  • Pastikan anda memberikan notis perletakan jawatan 30 HARI. (kalau bulan tu ada 30 hari maka notis 30 hari, kalau bulan tu ada 31 hari sila habiskan 31 hari. Kalau tak nanti kena bayar balik 1 hari tu)
  • Pastikan anda selesaikan hutang kerjaan (loan rumah dan sebagainya)
Syukur Ya Allah. Sekarang mampu bekerja hanya dari rumah dan disamping keluarga tersayang. Masa bekerja boleh disesuaikan sendiri tanpa perlu asyik di pantau oleh pegawai atasan :)
.
Kalau ada yang bilang berniaga ni bukan selalu untung. Kalau time rugi tu mesti rasa menyesal sebab berhenti kerja. Allahu! Rezeki kan milik Allah SWT. Berniaga ni adatlah ada untung dan ruginya bukan? Itulah realiti dalam perniagaan. Percayalah, setiap anak yang lahir Allah SWT dah janjikan rezeki yang berbeza-beza. Kalau dulu lahirkan Cyrus Dzulqarnain, Allah SWT rezekikan kami suami isteri untuk setup Cyrus Amiera Resources (walaupun pendapatan awal dulu sebulan dalam RM300-RM500 sahaja). Dan selepas kelahiran Hannah Zulaikha, Allah SWT rezekikan saya untuk berhenti kerja dan set up business kecil kami di Amiera Hijab (Breastfeeding Jubah & Hijab).
.
Bekerja sendiri ni perlukan usaha dan komitmen sendiri. Kalau dulu masa kerja kerajaan yang memang ada gaji tetap setiap bulan memang senang hati. Kerja banyak ke, kerja sikit ke gaji tetap sama. Berbeza kalau berniaga sendiri. Kalau nak income banyak kena kerja lebih, kalau nak income sikit silalah malaskan diri anda hehehe. 
.
Okey nanti ada masa mira sambung lagi entry ni eh. Nak siap-siap pegi meeting. Haaa jangan ingat keje opis je ada meeting bagai ni tau! Hihi till then, bye!

***Psttt : Jubah macam mira pakai ni akan upload minggu depan di Fanpage Amiera Hijab & di instagram @amierahijab. 

 photo sign_zpsb4ae9465.png

5 comments:

ibu izz said...

Puan memberi motivasi kpd saya.. Sy juga telah lama merancang utk resign gomen iaitu sejak beranak sulung.. Now.dah 10 thn keje gomen.. Masih belum utk resign krn memikirkan loan rumah dan tanggungan lain.. Moga sy dpt blajar dari puan n nekad mmbuat kputusan...

Unknown said...

Alhamdulillah... rasa yang sama.. Insha Allah akan mengikut jejak langkahmu.. :)

Anonymous said...

Sya ad hasrat nk brhenti keje gov jgk sb stress yg tramat mnyebabkn sya hlg minat utk bekerja. Semoga Allah membrikn sya jln ln slain kerja d gov.. Amin.

Unknown said...

saya pun teringin nak brenti.. kena rancang dan buat persiapan diri dulu.. in shaa allah. apa pun v=canti jubah tu.. saya nak beli camne ye.. saya xde ig. hiiii

Unknown said...

Saya juga ada rasa yg sama. Ingin tumpukan perhatian pada anak2. Tpi bila fikirkan loan yg dibuat, kena cari alternatif lain untuk selesaikan. Lebih selesa bekerja sendiri daripada stress di tempat kerja sekarang.

Copyright 2013-2014 | Templates Reserved for Cyrus Amiera™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™