Thursday 17 April 2014

Tips Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi Beserta Doa Tambah Susu Ibu

Assalamualaikum w.b.t
Tidak di nafikan semua ibu-ibu yang menyusukan anak akan mengalami masalah kemerosotan susu badan kan. Tapi sebab keazaman yang tinggi nak juga menyusukan anak selagi mampu, jadi sedaya upaya kita berusaha menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang cara bagaimana nak menambahkan lagi kuantiti susu kita. Tak gitu kawan-kawan?
.
Okey mari kita cuba kaji dan tambah lagi ilmu tentang penyusuan secara perlahan-lahan. Bukan ibu-ibu yang dah ada baby je perlu study tapi bakal-bakal ibu juga sebolehnya perlu study seawal yang boleh tentang penyusuan supaya nanti bila dah ada baby takde lah terpinga-pinga kan :)
  Pasang niat awal-awal nak menyusukan bayi sehingga umur mereka cukup 2 tahun (mengikut syariat Islam)
  Beli alat kelengkapan menyusu bayi (beli breastpump, botol susu simpan EBM)
  Join kumpulan sokongan menyusu (macam mira dulu masa menyusukan Cyrus Dzulqarnain memang kurang ilmu dan hampir give up, tapi alhamdulillah dapat kenal dengan ramai kawan yang positif dan sentiasa memberi semangat untuk meneruskan usaha menyusukan Cyrus sehingga dia berusia 2 tahun)
  Susukan bayi sekerap yang mungkin
  Makan makanan yang berkhasiat (elakkan minum kafien, buah-buahan sitrus, alkhohol, makanan pedas dan berempah, kacang, makanan bergandum, produk tenusu, makanan laut/kerang)
  Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari
  Bagi ibu bekerjaya, sediakan waktu mengepam dan sila disiplin dengan jadual yang anda sudah buat (3 jam sekali)
  Elakkan stress (sangat-sangat mengganggu pengeluaran susu)
  Berzikir dan berdoa sambil tengok gambar anak supaya naik semangat untuk mengepam dengan konsisten
  Jangan merungut atau tergugat dengan rakan-rakan ibu lain yang mempunyai stok susu yang banyak. Itu secara tidak langsung akan mengganggu emosi anda seterusnya mengganggu pengeluaran susu
  Sentiasa berdoa supaya Allah SWT sentiasa memudahkan perjalanan kita untuk menyusukan anak sehingga umur mereka genap 2 tahun insyaAllah
Kawan-kawan perlu ingat tau. Perjalanan menyusukan anak sehingga umur 2 tahun sangat mencabar. Banyak perkara yang perlu di korbankan. Duit, masa tidur, tenaga. Sebab itu Allah SWT janjikan ganjaran yang hebat kepada kita. Setiap titisan susu kita kepada anak insyaAllah memberi kebaikan dan keredhaan dari Allah SWT. Amin :)
.
Hari-hari tengok muka anak comel camni gila tak semangat nak pam susu? Hahaha. Semoga perjalanan kita semua untuk menyusukan anak selama 2 tahun akan dipermudahkan Allah SWT. 

 photo sign_zpsb4ae9465.png

1 comment:

mamayaya said...

serius comel anak mira^__^..kan..kita kena sediakan sedari awal2 pam yg bagus ikut bajet, botol simpan susu, plastik simpan susu..baru kita dapat stimulasi susu dari awal dan sebagai pembakar semangat kita nk terus bf baby

Copyright 2013-2014 | Templates Reserved for Cyrus Amiera™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™