- Kemudahan cuti yang tiada bergaji
- Tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah tidak melebihi 1825 hari ( 5 tahun )
- Kemudahan Cuti Menjaga Anak boleh diambil secara keseluruhan 1825 hari atau sebahagian daripadanya.
- Jika pegawai telah mengambil Cuti Menjaga Anak 1825 hari sekaligus, maka ia tidak layak untuk mendapat kemudahan ini pada kelahiran seterusnya.
- Sekiranya pegawai hanya mengambil sebahagian daripada kemudahan Cuti Menjaga Anak bagi satu kelahiran, maka dia layak untuk mendapat kemudahan ini pada kelahiran seterusnya.
- Kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah mengikut tempoh yang telah diluluskan bagi kelahiran berkenaan.
- Sekiranya pegawai terbabit ingin melanjutkan lagi Cuti Menjaga Anak, perlulah membuat permohonan baru kepada Ketua Jabatan sebelum Cuti Menjaga Anak yang sediaada berakhir, dengan syarat Cuti Menjaga Anak yang telah diluluskan tidak terputus dengan Cuti Menjaga Anak yang sedang dipohon.
- Tempoh Cuti Menjaga Anak akan bermula selepas tamatnya Cuti Bersalin
More info please go to : http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp07/bil15/pp1507.pdf .
NAMA
ALAMAT
TARIKH
______________________________________________________________________________
Kepada :
Ketua Pengarah
- alamat -
Melalui :
Pengarah/Ketua Bahagian/Ketua Jabatan
- alamat -
Puan,
PERMOHONAN MENGGUNAKAN CUTI MENJAGA ANAK MENGIKUT PEKELILING
PERKHIDMATAN BIL. 15 TAHUN 2007.
2. Dimaklumkan saya NAMA , No K/P : __________ yang berkhidmat
sebagai Pembantu Tadbir/Perkeranian
Operasi N17 di Jabatan/Kementerian ____________ ingin membuat permohonan cuti
menjaga anak. Untuk
makluman Puan, saya telah mengambil cuti bersalin bergaji penuh semasa
melahirkan anak saya bagi kali kedua. Cuti bersalin tersebut adalah daripada ________ 2013
sehingga ________ 2014 (90 hari) yang
mana saya telah memohon untuk mengambil cuti bersalin awal 2 minggu sepertimana
yang diperuntukan oleh pekeliling Tahun 2009 bil. 5.
3. Lanjutan daripada perkara tersebut,
saya ingin memohon kelulusan Puan untuk mengambil cuti menjaga anak selama 150
hari iaitu dari _________ 2014 sehingga _______ 2014 mengikut Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2007.
3. Bersama-sama ini disertakan Lampiran A – Perakuan Bersalin dan Permohonan Cuti Bagi Pegawai Wanita (P.P Bil. 2/98) yang telah lengkap diisi untuk tindakan pihak Puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih
Yang Benar,
NAMA :
JAWATAN :
Lengkap dah semuanya. Moga-moga dapat dijadikan contoh dan panduan kepada anda. Ni je yang termampu mira tolong. Selebihnya sila rajinkan diri menggoogle ye anak-anak hahaha.
Setiap hari bangun je pagi tengok muka anak-anak sungguh indah nye lahai. Tidak terbayar dengan wang ringgit. Anak-anak pon makin rapat. Allahu. Terima kasih atas kesempatan yang diberikan :) Macam nak sambung lagi je cuti ni. Hihihi.
.
Ok uolls. Till we meet again. Tak tau la bila roh rajin nak berblog ni akan muncul semula. Ni pon sebab kebetulan arini xbusy sangat. Tapi sat lagi da nak keluar. Ada urusan Seri Paduka Baginda katanya hahaha. Byeeee! Salam.