Pasang niat awal-awal nak menyusukan bayi sehingga umur mereka cukup 2 tahun (mengikut syariat Islam)
Beli alat kelengkapan menyusu bayi (beli breastpump, botol susu simpan EBM)
Join kumpulan sokongan menyusu (macam mira dulu masa menyusukan Cyrus Dzulqarnain memang kurang ilmu dan hampir give up, tapi alhamdulillah dapat kenal dengan ramai kawan yang positif dan sentiasa memberi semangat untuk meneruskan usaha menyusukan Cyrus sehingga dia berusia 2 tahun)
Susukan bayi sekerap yang mungkin
Makan makanan yang berkhasiat (elakkan minum kafien, buah-buahan sitrus, alkhohol, makanan pedas dan berempah, kacang, makanan bergandum, produk tenusu, makanan laut/kerang)
Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari
Bagi ibu bekerjaya, sediakan waktu mengepam dan sila disiplin dengan jadual yang anda sudah buat (3 jam sekali)
Elakkan stress (sangat-sangat mengganggu pengeluaran susu)
Berzikir dan berdoa sambil tengok gambar anak supaya naik semangat untuk mengepam dengan konsisten
Jangan merungut atau tergugat dengan rakan-rakan ibu lain yang mempunyai stok susu yang banyak. Itu secara tidak langsung akan mengganggu emosi anda seterusnya mengganggu pengeluaran susu
Sentiasa berdoa supaya Allah SWT sentiasa memudahkan perjalanan kita untuk menyusukan anak sehingga umur mereka genap 2 tahun insyaAllah
.
Hari-hari tengok muka anak comel camni gila tak semangat nak pam susu? Hahaha. Semoga perjalanan kita semua untuk menyusukan anak selama 2 tahun akan dipermudahkan Allah SWT.






1 comment:
serius comel anak mira^__^..kan..kita kena sediakan sedari awal2 pam yg bagus ikut bajet, botol simpan susu, plastik simpan susu..baru kita dapat stimulasi susu dari awal dan sebagai pembakar semangat kita nk terus bf baby
Post a Comment